PJM 3102 PERGERAKAN ASAS
  • Halaman Utama
  • Profoma Kursus
  • Kandungan Kursus
    • Pengenalan
      • Konsep Pergerakan Asas
        • Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Pergerakan Asas
          • Permainan Kanak-Kanak
            • Model Bunker & Thorpe 1982
              • Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Kanak-Kanak
                • Teknik Penilaian
                  • Ulangkaji
                    • Assignment
                    • Galeri PJ
                      • Ujian Amali PPISMP Semester III 2011
                        • Ujian Amali PPSIMP Semester 1 2011
                          • Perasmian Hari GERKO 2011
                          • Feedback
                            • Berita Terkini
                              • IPG Kampus Perlis
                                • Jabatan Pendidikan Jasmani
                                • Other PJM's Course
                                • Lily Rozita
                                  • Profail Saya
                                    • Mentor Mentee
                                      • Inovasi
                                        • Penulisan
                                          • My Class
                                            • Hubungi saya

                                            KONSEP, MATLAMAT, DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


                                            KONSEP

                                                Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.

                                            MATLAMAT

                                            Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping  menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

                                             

                                            OBJEKTIF

                                            q Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu.

                                            q Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan.

                                            q  Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan.

                                            q  Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe and Bunker, 1882 )

                                            ( ‘Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light  of tactical awareness’ (Bunker and Thorpe , 1982 ).

                                            q  Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan – terserlah melalui permainan.

                                            q  Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina  kemahiran dan teknik.

                                            q  Memberi peluang kepada semua murid  selain dari mengukur keupayaan fizikal,      berperanan  utama dalam permainan,  sayugia menjana jati diri

                                                  ( self-esteem  ) dan  keperluan diri ( personal fulfillment ).

                                            q  Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing – memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.



                                            KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK


                                            KEPENTINGAN


                                               Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid.

                                                        Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.

                                            Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

                                            Permainan  adalah  penting  di  sekolah  rendah  dan  kanak-kanak berminat  terhadapnya  terutama  aktiviti  yang  melibatkan pergerakan.


                                                 Permainan membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

                                            ·               membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan                                 pengalaman langsung.

                                            ·               membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang                                 kebersihan dan urutan.

                                            ·               meningkatkan keyakinan diri.

                                            ·               meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

                                            ·               memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

                                            ·               sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

                                            ·               mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan.

                                            ·               sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

                                            ·               sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

                                            ·               meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-kanak.


                                            Pembangunan  Kemahiran  Motor

                                            q    membangunkan  kemahiran  lokomotor

                                            q    membangunkan  kemahiran  bukan  lokomotor

                                            q    membangunkan  kemahiran   pengawalan  bola

                                            q    membangunkan  kecergasan  fizikal 

                                                   Pembangunan  Kognitif

                                            q           meningkatkan  keupayaan  mematuhi  arahan

                                            q           menolong  dalam  pemahaman  peraturan

                                            q           menggalakkan  kreativiti  dan  imaginasi

                                            q           menambah  perbendaharaan  kata  kanak-kanak

                                             

                                                    Pembangunan  Afektif-sosial

                                            q    mempelajari  hidup  bersama  dengan  orang  lain  dalam  situasi  sosial  

                                            q    menggalakkan  keadilan

                                            q    menggalakkan  mematuhi  peraturan-peratuan 

                                            q    membangunkan  semangat  kesukanan  yang  baik

                                            q    membangunkan  kualiti  kepimpinan

                                            q    membangunkan  semagat  bekerjasama

                                               
                                            CIRI-CIRI

                                             
                                            q    Memberi  Pembelajaran  yang  Lebih  Sempurna

                                            q    Mempraktikkan  Ansur  Maju

                                            q    Menimba  Pengalaman  Bermain  Secara  Berpasukan

                                            q    Pengalaman Bertanding

                                            q    Sebahagaian daripada Kurikulum

                                            q    Memupuk  Kecergasan  Fizikal

                                            KEBAIKAN

                                            ·         Jenis permainan ini tidak kompleks

                                            ·         Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

                                            ·         Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

                                            ·         Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi

                                            ·         Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

                                            ·         Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

                                            ·         Senang ditadbir dan peraturannya sedikit




                                            Create a free website with Weebly
                                            Pergerakan asas