PJM 3102 PERGERAKAN ASAS
  • Halaman Utama
  • Profoma Kursus
  • Kandungan Kursus
    • Pengenalan
      • Konsep Pergerakan Asas
        • Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Pergerakan Asas
          • Permainan Kanak-Kanak
            • Model Bunker & Thorpe 1982
              • Pengurusan dan Pengelolaan Permainan Kanak-Kanak
                • Teknik Penilaian
                  • Ulangkaji
                    • Assignment
                    • Galeri PJ
                      • Ujian Amali PPISMP Semester III 2011
                        • Ujian Amali PPSIMP Semester 1 2011
                          • Perasmian Hari GERKO 2011
                          • Feedback
                            • Berita Terkini
                              • IPG Kampus Perlis
                                • Jabatan Pendidikan Jasmani
                                • Other PJM's Course
                                • Lily Rozita
                                  • Profail Saya
                                    • Mentor Mentee
                                      • Inovasi
                                        • Penulisan
                                          • My Class
                                            • Hubungi saya

                                            KONSEP PERGERAKAN ASAS
                                             
                                            Asas Pergerakan

                                            Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakanmerupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu menadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik. Ini termasuk:

                                            q  Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan?

                                            q  Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak?

                                            q  Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak?

                                            q  Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

                                            Objektif Kesedaran Tubuh Badan

                                            q  Mengenalpasti nama dan lokasi anggota badan

                                            q  Posisi dan bentuk badan

                                            q  Kesedaran pergerakan tubuh badan

                                            q  Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan

                                            q  Kesedaran keteganagan otot dan relaksasi

                                            Obejktif Kesedaran Ruang

                                            q  Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain

                                            q  Bergerak dengan selamat dalam ruang am

                                            q  Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah

                                            q  Memahami pelbagai aras pergerakan

                                            q  Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek

                                            q  Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

                                            Objektif Perhubungan

                                            q  Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan

                                            q  Bergerak dengan berkesan secara “relatif” dengan individu lain dan/atau dalam kumpulan

                                            q  Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

                                            Objektif Kualiti Pergerakan

                                            q  Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan

                                            q  Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan pergerakan

                                            q  Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan.

                                            q  Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

                                            Pergerakan: Asas Pendidikan Jasmani dan Sukan

                                            q  Mengapakah pergerakan dianggap tunggak pendidikan jasmani?

                                            q  Apakah contoh-contoh bagi empat konsep pergerakan?

                                            q  Apakah cadangan untuk membantu individu mempelajari konsep pergerakan dan kemahiran motor asas?

                                            §  Kemahiran motor asas merupakan asas untuk memperkembangkan kemahiran motor yang lebih kompleks serta kemahiran motor yang khusus untuk aktiviti permainan, sukan, tarian dan kecergasan.

                                            §  Sebaiknya, konsep pergerakan dan kemahiran motor asas dipelajari semasa peringkat awal kanak-kanak dan sekolah rendah

                                            §  Kemahiran-kemahiran ini akan diamalkan sepanjang hayat jika penguasaan dicapai pada usia muda lagi.

                                            Faktor Umum Yang Mempengaruhi Pergerakan

                                            q  Faktor Fisiologikal

                                            • Dayatahan kardiovaskular, kekuatan dan dayatahan otot, serta fleksibiliti
                                            q  Faktor Psikologikal

                                            • Ketakutan, kerisauan, keyakinan diri
                                            q  Faktor Sosiologikal

                                            • Keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan
                                                        (contohnya, ahli keluarga sebagai “role model” yang aktif secara fizikal)

                                            • Peranan gender
                                            • Ekonomi
                                             

                                            TUJUAN PERGERAKAN ASAS

                                            Tujuan Kecergasan

                                                 Pergerakan asas untuk tujuan kecergasan adalah seperti berikut:

                                            Ø  Fleksibiliti/kelembutan

                                            Ø  Kekuatan otot

                                            Ø  Daya tahan otot

                                            Ø  Daya tahan kardiovaskular

                                            Ø  Komposisi tubuh badan

                                            Ø  Sasaran dan pengukuran denyutan nadi

                                            Ø  Senaman aerobik dan anaerobik

                                            Ø  Prinsip latihan (kekerapan, intensiti, masa) / (Frequency, intensity, time)

                                             

                                            Tujuan Sosialisasi/Kerjasama

                                                 Pergerakan asas untuk tujuan sosialisasi/kerjasama adalah seperti:

                                            Ø  Prosidur dan peraturan dalam kelas.

                                            Ø  Undang-undang dan peraturan permainan dan aktiviti.

                                            Ø  Kesedaran dan kawalan badan.

                                            Ø  Prosidur yang selamat semasa menggunakan alatan.

                                            Ø  Kemahiran mendengar.

                                            Ø  Permainan koperatif.

                                            Ø  Menghormati orang lain dan peraturan.

                                            Ø  Semangat kesukanan.

                                            Ø  Penyelesaian masalah.

                                            Ø  ’Team Building’

                                            Ø  Strategi kumpulan.

                                            Ø  Disiplin diri.

                                            Ø  Membuat keputusan.


                                             

                                            Lampiran

                                            Click here to upload file

                                            Pautan

                                            Create a free website with Weebly
                                            Pergerakan asas