Click to set custom HTML
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelas dan menghuraikan tentang strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas dalam bentuk catatan.
Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar Pergerakan Asas. Antara kaedah yang disarankan ialah:
q Kaedah kuliah
q Kaedah perbincangan
q Kaedah kuliah – demonstrasi
q Kaedah latihan
q Kaedah penemuan
q Kaedah projek
q Kaedah persembahan lisan
q Kaedah sebahagian-keseluruhan
Kesemua kaedah di atas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kaedah kuliah dan kaedah kuliah-demonstrasi.
Kaedah Kuliah
Kaedah ini adalah kaedah yang luas di gunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada murid-murid atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan jika bergabung dengan teknik lain.
Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas.
q Pengenalan
§ Menerang dan menjelaskan skop pelajaran
§ Memberitahu murid apa yang dikehendaki daripada mereka
§ Cuba membangkitkan minat
§ Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan murid termasuk murid di barisan belakang.
q Persembahan
§ Kuat tetapi nada mesra
§ Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai
§ Huraikan istilah yang digunakan
§ Bercakap dengan semua murid
§ Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain
§ Ulang butiran penting
§ Guna lawak jenaka
§ Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin
q Penutup
§ Mengulangi isi utama
§ Menggalakkan perbincangan
§ Meneguhkan isi yang lemah
Kaedah Kuliah – Demonstrasi
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru PJ. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru, murid atau kumpulan murid. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.
Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas.
q Pendahuluan
§ Susun murid supaya mereka boleh dengar dan lihat. Murid boleh duduk, melutut dan berdiri.
§ Memperkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah.
§ Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelumnya.
q Demonstrasi
§ Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar.
§ Ikut cara dan prosedur yang piawai.
§ Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan
.q Demonstrasi dan pengajaran
§ Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya.
§ Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan.
§ Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.
§ Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya.
§ Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.
q Ulang demonstrasi dan butiran yang penting
§ Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit
§ Membuat demonstrasi untuk memberi pandangan yang berlainan
§ Beri butiran penting
q Penutup
§ Ulang butiran penting
§ Menggalakkan perbincangan
§ Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran
Kaedah atau Gaya Pengajaran
Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas. Gaya-gaya yang dipraktikkan mestilah membewa satu objektif iaitu setiap murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengjaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu:
§ Kaedah / Gaya Langsung
§ Kaedah / Gaya Gabungan
§ Kaedah / Gaya Tidak Langsung
Gaya Langsung
Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993) . Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.
Gaya Tidak Langsung
Gaya ini berpusatkan murid. Is berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dianggap sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan.
Gaya Arahan
Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.
Ciri-ciri Gaya Arahan
§ Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh murid.
§ Murid berlatih.
§ Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
§ Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut.
§ Murid berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan.
§ Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan.

Strategi P&P Kemahiran
Untuk strategi, kaedah dan teknik pengajaran, sila muat turun nota di bawah. Nota tersebut adalah kesinambungan daripada Topik di atas.
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR | |
File Size: | 138 kb |
File Type: | doc |
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN LOKOMOTOR | |
File Size: | 138 kb |
File Type: | doc |
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS DENGAN ALATAN | |
File Size: | 188 kb |
File Type: | doc |